Monday 20 June 2011

Sokonglah Ulamak Tapi Biar Kena Pada Tempatnya

Sedih juga bila orang-orang yang kita sanjung dari gulongan ulamak menolak penggunaan teknolgi  seolah-olah mahu menegakkan benang basah. Semasa kes kanak-kanak dibunuh dan diletak dalam beg tak ada pun yang menolak penggunaan CCTV untuk mengenal pembunuh kanak-kanak tersebut, walaupun belum mendatangkan hasil yang diharapkan, ramai yang berharap polis kita dapat mengenalpasti suspek pembunuhan tersebut.

Apa pula tujuan menggosok gigi dan bersugi? Matlamat keduanya adalah sama untuk menjaga kebersihan mulut cuma ada perbezaannya dan kelebihannya disisi agama.

Begitu juga kegunaan CCTV untuk merekod dan merakam sama ada perbuatan  yang baik atau yang tidak baik. Yang baik seperti merakam majlis perkahwinan untuk kenang-kenangan dan di supermarket pula untuk mencegah dan merakam perbuatan mencuri. Adakah teknologi CCTV itu tidak boleh digunakan seperti  yang telah digembar-gemburkan oleh ulamak-ulamak kita baru-baru ni.

16 JUNE 2011

ULAMAK KARTUN?

(Memperkartunkan agamawan yang memperkartunkan diri mereka)
Salam 2 all.

Semasa Presiden PAS membuat kenyataan didalam ucapan penggulungan Muktamar PAS ke 57 beliau menyatakan videoklip yang membabitkan manusia yang ditabal bininya sendiri sebagai anugerah tuhan tidak boleh dijadikan bukti kerana "dia tidak ade telinga, takde mata, macam besi". Ucapan itu disambut dengan takbeer dan laungan menyokong oleh kaum yang menyokong. Langusng tak dengar kutukan atau kritikan, malah dikuliahkan, ditazkirahkan, sehingga dikhutbahkan "Amanat Baru Haji Hadi" itu!

Tetiba bila saudara Miko melakar kenyataan itu dalam bentuk kartun dan disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia, tetiba muncul jaguh-jaguh kampung bertempik menuntut kartun itu ditarik balik, ianya menghina Islam kata mereka. Malah ada yang mintak supaya Miko dan Utusan bertaubat. Yang DiPertua Persatuan Ulama', yang juga rakan baik Anwar Ibrahim, turut tumpang sekaki mendesak pelukis kartun dan akhbar Utusan dikenakan pertuduhan jenayah kerana menghina Islam kononnya!

Padanlah ALLAH swt mengingatkan kita didalam suraf Al A'raf:175-176, akan ada dikalangan mereka yang diberikan 'ilmu dan pengetahuan kitab (saperti para 'ilmuan dan agamawan), namun mereka bermati-matian cenderong kepada dunia dan menurut hawa nafsunya, maka ALLAH swt umpamakan mereka saperti "Al-Kalb - Anjing-Anjing"!!! Dan ALLAH swt menutup ayat tersebut dengan "sampaikanlah kepada mereka supaya mereka berfikir"!!!Dan inilah yang teman lakukan, teman nak sampaikan kepada mike semua yop akan peringatan ALLAH swt itu!!! Supaya nanti depan ALLAH swt teman tidak ditanya adakah kamu telah menyampaikan, dan supaya mike besok depan ALLAH swt tidak boleh menjawab "kami tak tau!!!".

Khusus kepada para agamawan dan ustadwan yang memekik ini, teman nasihatkan janganlah kerana ketaksuban kepada Anwar menyebabkan pertimbangan 'ilmu yang dianugerah ALLAH menjadi celaru, kelabu dan mengubah kita menjadi kalkatu. Jadilah agamawan, ustadwan dan 'ilmuan yang benar, berdasarkan Al Quran dan Sunnah. Kalau kartun lakaran Miko itu menyentuh qalbu, sepatutnya kenyataan Ustadz Hadi juga lebih-lebih lagi; kerana Miko tak pakai serban, Ustadz Hadi pemimpin sebuah parti yang berpentaskan Islam!

Kepada jaguh-jaguh kampung yang tetiba bangkit nak berjihad kerana kartun ini, cermin-cerminlah muka tu dulu. Cuba mike pikio sikit yop, apakah perlakuan dan perbuatan yang mike dok buat selama ini tidak menghina Islam, menghina ALLAH swt, menghina Rasulullah saw, dan sebenarnya menghina diri sendiri!

1. mike meredhai penyalahgunaan kalimah ALLAH untuk dicemari oleh segelintir Kristian, dengan alasan kristian juga berhak menggunakan nama ALLAH walaupun dalam bentuk syirik dengan fahaman triniti. Kristian ini dipanggil kafir oleh ALLAH yop. Mike tau pasal apa, pasal mereka menolak ALLAH Yang Satu, sebaliknya mempercayai Tuhan itu dalam bentuk triniti. Bukan sahaja mike meredhai kristian mensyirikkan kalimah ALLAH, mike putar habis ayat Quran hadis Nabi saw untuk menghalalkan kekufuran itu. Dan yang lebih teruk, mike maki hamun pejuang dan pembela Islam yang mempertahankan kalimah ALLAH ini. Apakah mike lupe yang mike telah menghina agama dan memperkartunkan diri mike sendiri? Apa mike dah hilang aqal ke yop!

2. mike meredhai tuntutan seorang kafir harbi supaya perjuangan negara Islam dihapuskan, dan dia beri amaran "langkah mayat dia dulu" kalau nak buat negara Islam. Belum pun sikafir harbi ni mati, mike semua mematikan perjuangan negara Islam mike. Dan mike hina ALLAH dan Rasulullah saw dengan mendakwa rupa-rupanya dalam Al Quran tak ada sebut tentang Negara Islam. Mike hina kawan mike sendiri Almarhum Ustadz Ibrahim Libya yang mike fatwakan mati syahid kerana memperjuangkan negara Islam. Mike hina ulama' besar Dato' Dr. Haron Din yang bersusah payah menulis kitab "Ciri-Ciri Negara Islam". Hari ini mike nak kata kartun tu menghina Islam! Apakah mike lupe yang mike telah menghina agama dan memperkartunkan diri mike sendiri? Apa mike dah hilang aqal ke yop!

3. mike meredhai murtadnya seorang rakan sekutu Nor Azman Beginda, calon pilihanraya DUN Sarawak dari PKR. Bukan sahaja murtad, dia benarkan anak dia membawa sosej babi kesekolah. Bukan sahaja mike tetiba menjadi syaitan bisu yang langsung tak bercakap, pejuang Islam yang menegur kemungkaran itu mike maki hamun, sampai ada yang diancam! Kalu dulu mike akan melompat lebih dulu dari teman sambil cabut pedang mengisytihar jihad fisabilillah kepada mereka yang murtad. Hari ni mike dah jadi tak lebih macam tepong custard. Dan hari ni mike nak kata kartun itu menghina Islam! Apakah mike lupe yang mike telah menghina agama dan memperkartunkan diri mike sendiri? Apa mike dah hilang aqal ke yop!

4. mike meredhai orang yang menganut aqidah pluralisma. Terang-terang mereka kata "semua agama sama, menuju kearah yang sama". Sedangkan mike semua diberi 'ilmu oleh ALLAH, agama Islam itu haq dan benar, dimenangkan atas agama lain, walau kafir musyrik tidak suka. ALLAH tegaskan Islam untuk kita, kafir untuk kafir. Tetapi tetiba mike jadi syaitan bisu bila rakan sekutu mike mengisytiharkan ALLAH milik semua orang, samada dalam bentuk Esa atau dalam bentuk Triniti. Bahawa semua agama itu sama. Dan hari ni mike nak kata kartun itu tidak Islamik!Apakah mike lupe yang mike telah menghina agama dan memperkartunkan diri mike sendiri? Apa mike dah hilang aqal ke yop!

5. mike meredhai seorang penentang Islam menjadi pemimpin mike untuk mengadakan himpunan haram. Orang yang mike sendiri lawan dahulu; orang yang menjuarai IFC, orang yang menyokong murtadnya Lina Joy, orang yang menghina Islam dengan forum "Masuk Islam". Dulu mike bersama teman sebaris dihadapan Majlis Peguam menentang. Dulu mike satu saf dengan teman di Masjid Wilayah dalam Himpunan Sejuta Umat menentang murtadnya Lina Joy. Mike rempuh forum IFC sehingga ada diantara mike masuk penjara. Mike isytihar jihad memerangi Majlis Peguam. Hari ini mike angkat kaum itu sebagai ketua mike untuk berhimpun secara haram. Dan mike nak kata kartun itu menghina Islam! Apakah mike lupe yang mike telah menghina agama dan memperkartunkan diri mike sendiri?Apa mike dah hilang aqal ke yop!

6. mike menentang fahaman syi'ah. Mike umum bahawa orang yang berfahaman syi'ah ini kafir, sesat. Malah semasa teman memuji Presiden Ahmadinejad dari Iran sebagai satu-satunya pemimpin Islam yang berani berhadapan dengan Amerika/ Yahudi dan kafir Barat la'natullah, mike marah teman dan suruh teman kaji semula pendirian. Tetiba mike mengangkat kalangan idola syiah sebagai pemimpin. Mike kompangkan inilah pemimpin-pejuang yang menjadi "kabinet perang" ke Putrajaya. Mike telan habis apa yang mike ludahkan selama ini. Tetiba kartun itu mike fatwakan menghina Islam!Apakah mike lupe yang mike telah menghina agama dan memperkartunkan diri mike sendiri? Apa mike dah hilang aqal ke yop!

7. mike bertakbir jihad bila isu videoklip VK Lingam meletus. Mike desak VK Lingam dihukum. Bila Rahim Thamby Chik dituduh berzina dengan budak bawah umur, mike tanpa sebarang keraguan, dan belum pun ada bukti, mengisytiharkan Rahim Thamby Chik wajib dihukum. Bila muncul videoklip Chua Soi Lek, mike tanpa sebarang keraguan mengisytiharkan Chua Soi Lek wajib letak jawatan, dan dihukum. Bile si Balasubramaniam buat SD dengan bayaran RM5-00 tu memfitnah PM berkaitan Altantuya, mike terus hunus pedang menghukum PM.

Tapi bila Saiful Bukhori Azlan mengadu dirogol liwat, tanpa sedikit keraguan, tanpa bertanya Saiful dan tanpa menyiasat, terus mike hukum qazaf keatas Saiful, mike tuntut dia disebat 80 kali. Dan tetiba bila muncul videoklip manusia yang mike taqsubkan, siap dengan jam Omega dan saksi yang turut bersama; terus mike fatwakan videoklip itu besi, tidak boleh jadi saksi. Mike terus fatwakan ini isu qazaf, mike putar habis dalam kuliah, tazkirah dan khutbah bahawa ini fitnah kabeer! Malah hingga mike fatwa wanita kena rogol, mangsa liwat jugak kena bawak 4 orang saksi. Tetiba bila kartun itu melakar-kartunkan apa yang mike fatwakan; mike kata ia menghina Islam! Apakah mike lupe yang mike telah menghina agama dan memperkartunkan diri mike sendiri? Apa mike dah hilang aqal ke yop!

Teman nak tutup yop dengan peringatan ALLAH didalam surah Yaasin (7-10) sebagai peringatan untuk teman dan semua umat Islam yang masih ada sedikit keimanan:

"Demi sesungguhnya telah pasti berlaku ketentuan ALLAH terhadap kebanyakan mereka, kerana mereka tidak mempercayai. Sesungguhnya kami telah memasang belenggu dileher mereka, lalu tangan mereka terangkat ke dagu, sehingga mereka tertengadah keatas. Kami jadikan (ketaqsuban mereka kepada dunia, habuan dan pangkat) sebagai dinding penghalang dihadapan, dibelakang mereka, dan Kami tutup mata mereka, sehingga mereka menjadi buta tidak melihat. Sama sahaja bagi mereka, samada kamu berikan peringatan atau tidak, mereka tetap tidak akan menerima kebenaran (dan mempercayainya serta beriman)".

Dibulan Rejab penuh sejarah, dari Isro' wal Mi'raj sehingga pembukaan Masjidil Aqsa oleh Sultan Salahuddin, teman mengajak diri teman dan mike semua supaya bertaubat dan beristghfarlah kepada ALLAH, pohonlah petunjuk dan hidayah, mohonlah keredhaan dan keberkatan, dan mohonlah dimasukkan kedalam golongan yang beriman. Jadikanlah peristiwa gerhana bulan pagi tadi sebagai pengajaran, jangan sehingga perjuangan kita untuk Islam berlandaskan Al Quran dan Sunnah juga digerhanakan ALLAH swt.

Janganlah kita ni muncul sekadar menjadi mujahiddin dan ulama' kartun je yop!!!Sebenarnya mike yamg telah menghina ALLAH swt, menghina Rasulullah saw, DAN mike juga sebenarnya telah memperkartunkan diri sendiri yop!Jadi bila orang memperkartunkan sikap kartun mike, janganlah marah yop. Sebab sebenarnya, hakikatnya, memang mike telah memperkartunkan agama dan diri mike sendiri!
Mereka sekadar melakarkannya kekartunan perangai mike tu sebagai peringatan kepada mike. Ambillah itu sebagai peringatan untuk menyedarkan diri daripada kesesatan yang mungkin kita lakukan. Sepatutnya mike semua bersyukur masih ada lagi dikalangan umat yang mahu menegur, dan ALLAH swt masih memberi peluang dengan peringatan demi peringatan. Yang baik itu dari ALLAH, yang tidak itu kelemahan teman sendiri. Wallahua'lam dan wassalam.
Adios amigos, grasias senorita.

Zulkifli Bin Noordin

Kebebasan Ada Hadnya

Pengalaman melalui traffic jams after traffic jams semasa perhimpunan yang nampak bersih tetapi kotor luar dan dalam sedikit masa dulu dan juga hindraf yang mesti dihindarkan memang sangat membengankan kawan. Hari-hari jammed . Pagi jammed petang jammed nak buat urusan pekerjaan pun kepala jadi jam.

Jadi saranan kawan kalau nak buat perhimpunan janganlah menyusahkan orang-orang lain. buatlah di stadium. nak memekik ke, nak berarak ke, atau pun nak terjun dari bumbung stadium ke suka hati lah. Cuma jangan susahkan orang lain.

Kalau ikut kawan memang kumpulan pencetus traffic jams ni kawan baling dengan telur, tidak mencederakan tapi berbau hanyir supaya mereka lekas2 bersurai. Kadang-kadang yang nampak putih dan bersih itu kotor, nak makan pun tak basuh tangan inikan lagi benda-benda lain.

Sebab kumpulan-kumpulan ni juga suka menyaman, mengapa kita yang mengalami kesukaran bila mereka buat kacau tak saman je mereka ni?

14 JUNE 2011

BERSIH YANG KOTOR?

(Appa, itu malayu mau mikin demo mau ikut ar? Aiya Ah Cheng, kita belakang luluk sulah. Kita kasi biar itu malayu hantam sama malayu ma!)

Salam 2 all.

Himpunan haram "Bersih-2" yang dijadualkan pada 09 Julai nanti adalah satu perhimpunan dengan niat yang "Kotor-2". Konon cerita ianya dianjurkan oleh badan-badan NGO untuk menuntut pilihanraya umum yang bersih! Ianya sebenarnya Himpunan Bersih dengan niat kotor untuk sapu bersih negara ini daripada pemerintahan Islam-Melayu! Agenda jahat untuk menjatuhkan pemerintahan Melayu-Islam dengan cara haram - ala Dataran Tahrir!!

Adakah pilihanraya di negara ini tidak bersih? Kalau tidak bersih, masakan 5 negeri boleh tumbang, dan 2/3 majoriti Kerajaan hilang. Teman akui pilihanraya kita tidak sempurna, sebagaimana pilihanraya umum banyak negara lain, termasuk Amerika dan negara Eropah, tetapi nak kata tidak bersih adalah fitnah sama sekali. Memang boleh beberapa perkara diperbetulkan. Contohnya undi pos. Bukan menghapuskan undi pos, tetapi memperkemaskannya, saperti membenarkan wakil calon hadir semasa pengiraan dan Borang 14 undi pos ditandatangani oleh semua wakil calon dan masing-masing menyimpan salinan sehingga pengiraan undi sepenuhnya. Ini akan memastikan ketelusan dan transparensi.

Teman tengok pilihanraya mereka sendiri pun tak bersih. Cuba tengok pilihanraya PKR. Ahlinya sendiri mengadu berlakunya penipuan, putar belit, penafian hak, ujudnya pengundi hantu dan macam-macam lagi. Calon Timbalan Presiden komplen kena buang terus yop. Calon Timbalan Presiden Mustafa Kamil Ayob membuat aduan berkajang-kajang langsung tak dilayan. Calon Ketua AMK Badrulhisham mengemukakan memorandum bantahan berkati-kati namun dibakulsampahkan. Cerminkan diri sendiri dululah yop.

Tengok pilihanraya haram masjid-masjid yang mahu dibuat di Pulau Pinang. Perkenan Tuanku YDP Agong sebagai Ketua Agama Islam langsung tidak diperolehi. Suatu penderhakaan yang jelas. Dan paling teruk, daftar pengundi anak kariah masjid pun tidak ada!!! Habis siapa yang berhak mengundi. Kata barua biaDAP yang jahil muraqab, terpulang kepada Pengerusi Masjid dan AJK menentukan siapa boleh mengundi. Nak kata bodoh, pergi sekolah. Nak kata cerdik, cakap macam orang bodoh. Maknanya Pengerusi Masjid diberi ruang untuk manipulasi menentukan siapa boleh mengundi. Sudah pasti Pengerusi akan hanya benarkan mereka yang menyokongnya sahaja boleh mengundi. Anak kariah yang tak menyokong, pasti akan diketepikan. Maka akan berlaku kekecohan dan perpecahan dikalangan anak kariah. Dan yang pasti senyum khinzir ialah kaum kafir harbi juga! Tidak kah bodoh segelintir umat Islam yop?

Tetapi persoalan pokok sekarang ialah mengapa himpunan haram Bersih 2 dijalanraya mahu dibuat juga? Pertama mereka dakwa ini hak untuk berhimpun yang dijamin oleh Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan. Benar Artikel 10 membenarkan hak berhimpun, tetapi ada had batasannya. Bukan hak sembrono boleh dibuat ikut nafsu sendiri. Bukannya pihak polis tidak beri berhimpun. Tetapi pihak polis benarkan, malah mencadangkan himpunan dibuat di stadium. Samada stadium Merdeka, Stadium Bukit Jalil, malah Stadium Shah Alam pun boleh. Tetapi mereka menolak! Jadi persoalannya bukan hak berhimpun, tetapi niat jahat nak mencetuskan kekacauan dijalanan!!!

Kedua, mereka mendakwa tujuan himpunan haram itu adalah untuk menyerahkan memorandum kepada Tuanku YDP Agong. Teman dah periksa dengan pihak istana, setakat ini tidak ada langsung temujanji dibuat dengan pihak Istana untuk mengadakan pertemuan dan menyerahkan memorandum tersebut. Bermakna ini satu pembohongan dan putarbelit. Dan kalau setakat nak serah kepada Tuanku YDP Agong, sesudah mendapat perkenan Istana untuk mengadap, hantarlah wakil beberapa orang dan serahkan memorandum tersebut. Mengapa perlu nak buat himpunan haram ditengah bandaraya Kuala Lumpur?

Kalau sekadar nak tunjukkan rakyat menyokong, buat sahaja memorandum yang ditandatangani oleh para penyokong mereka. Ini yang kami Pertubuhan Pembela Islam buat semasa kes murtad Azlina Jailani tahun 2006. Beberapa orang kami yang mewakili badan-badan NGO memohon perkenan mengadap Tuanku YDP Agong membawa bersama kami 1,000,000 @ sejuta tandatangan umat Islam yang membantah kes itu. Dan itu pun kami tidak dapat mengadap Tuanku, hanya bertemu Pemegang Mohor Besar Raja-Raja Melayu. Tetapi tidak pulak kami marah melompat. Cuba bayang kalau kami mahu main kotor macam Bersih 2 ini, kami boleh minta sejuta umat yang menandatangani memorandum itu turun ramai-ramai. Tetapi kami tiada niat jahat, tujuan kami hanya untuk menyerahkan memorandum bantahan umat Islam kepada Tuanku YDP Agong. Dan matlamat kami tercapai alhamdulillah. Tiada kecoh, tiada rusuhan; ianya benar-benar proses yang aman.

Jadi rumusannya, niat golongan pelampau yang mahu mengadakan himpunan haram Bersih 2 pada 09 Julai ini sebenarnya adalah kotor; mempunyai niat jahat dan agenda kepentingan sendiri. Kalau nak berhimpun Polis benarkan buat di stadium. Kalau nak serah memorandum temujanji dengan pihak Istana pun tidak dibuat. Kalau nak buktikan ada penyokong, mereka boleh kemukakan memorandum dengan tandatangan tetapi langsung tidak dilaksanakan. Jadi apa sebenarnya niat mereka?

Niatnya jelas. Cuba baca twitter, facebook dan laman web kaum pelampau ini. "Mari kita tumbangkan kerajaan 9 Julai ini". "Jom sapu-bersih Be End 09 Julai". "Dataran Merdeka Dataran Tahrir". "Basahkan bumi KL dengan warna merah". "Kalau rakyat Mesir berjaya, kita juga akan berjaya". Dan banyak lagi kenyataan-kenyataan yang membawa kepada satu sahaja rumusan, mereka berniat mahu menjadikan 09 Julai sebagai hari rusuhan, kekacauan sebagaimana berlakunya dinegara-negara 'Arab. Dengan niat supaya Kerajaan yang dipilih rakyat ini tumbang secara ganas, kasar dan haram.

Teman cukup yakin dalang-dalang disebalik himpunan haram ini mempunyai agenda mereka sendiri. Ambeega Sreenavasan, bekas Pengerusi Majlis Peguam, badan yang terkenal anti Islam, sudah pasti mahukan kerajaan yang ada pada hari ini tumbang kerana "terlalu Islamik". Yang ini takkan rakan-rakan dalam PAS dah lupa. Dengar kata manusia yang ditabal bininya sendiri dah pukul kompang nak turun. Apa niat Majlis Peguam, terutamanya Ambiga Sreenavasan yang dilantik menjadi Pengerusi Himpunan Haram ini? Apa niat dan agenda Anwar dan kaum Anwarinas untuk mengadakan himpunan haram ini. Insyallah akan teman kupas dalam masa terdekat ini.

Jadi yop, janganlah jadi lembu bodoh yang dicucuk hidung. Teman tahu ramai rakan teman dikalangan ahli PAS mempunyai niat baik, mahukan pilihanraya yang adil dan sempurna. Tetapi adakah mereka lupa siapa dia Ambiga Sreenavasan dan Bar Council; yang kini mereka tabalkan sebagai ketua himpunan haram ini. Dan ramai rakan teman yang berhati suci putih bersih ini tidak mengenali Anwar. Mereka tidak sedar yang parti PAS sudah dikuasai oleh kaum Anwarinas yang menyembah Anwar. YB Datuk Hassan Ali pun boleh dibuang, YB Datuk Harun Taib pun boleh diketepikan; dan ini adalah antara tokoh Islam yang benar-benar ikhlas mahu memperjuangkan Islam dan menentang sebarang kemungkaran termasuk para peliwat dan pengenjut China-doll. Dan kini mereka tumbang.

Pada teman dan rakan yang masih cintakan Islam didalam PAS, teman ingatkan diri teman dan mike semua, bacalah Surah Al Baqarah: 7-18, Surah Yaasin 6-17, dan Surah Al Kahfi: 1-10. Jelas ALLAH berikan amaran kepada umat Islam, yang ada Al Quran ditangannya, tetapi menjadi kaum kalkatu PBB - Pekak, Bisu & Buta hanya kerana kilauan kekuasaan duniawi. Bangkitlah, dan jadilah umat contoh. Ta'muruu nabil ma'ruf, wayanhau na 'anil mungkar, watu' minu nabillah- sadaqallah hal adheem.
Yang baik daripada ALLAH, yang tidak kelemahan teman sendiri. Wallahua'lam & wassalam.

Adios amigos, grasias senor.


BOIKOT BERSIH 2
TOLAK PEMIMPIN KOTOR
SOKONGLAH PARA ULAMA'
Zulkifli Nordin

Wednesday 1 June 2011

Lihat Dengan Mata Hati

31 MAY 2011

TAZKIR BUAT MUKTAMIRIN

(Bersatu dibawah kepimpinan ulama')

Salam 2 all.

Teman mengambil kesempatan mengucapkan selamat dan ahlan wasahlan kepada 1,150 para perwakilan ke Muktamar Agong PAS ke 57. Kebetulan muktamar bermula pada 01 Rejab, bulan yang penuh dengan peristiwa besar dalam sejarah Islam, termasuk peristiwa Isro' wal Mi'raj yang berlaku pada 27 Rejab tahun ke 13 Kenabian. Satu peristiwa yang dirakam didalam Surah Al Isro': 1 . Begitu juga peristiwa pembukaan dan pembebasan semula Masjidil Aqsa oleh Sultan Salahuddin Al Ayubi pada hari Jumaat 27 Rejab 583H.

Teman berdoa kepada ALLAH swt moga Muktamar Rejab 1432 ini membawa peristiwa besar kepada PAS dalam mengorak langkah memartabatkan Islam dalam negara bertuah ini.

PAS kini berada dipersimpangan jalan. Samada memilih untuk menjadi sebuah parti politik biasa sebagaimana parti politik yang bersepah didunia ini, yang mempertuhankan demokerusi demi sedikit kuasa, yang punya aqidah matlamat menghalalkan cara; atau
PAS boleh terus memilih untuk menjadi sebuah haraki Islamiyyah, yang berpaksikan kepada Al Quran dan sunnah, yang bertunjang kepada usrah dan tarbiyyah; yang politik menjadi alat, Islam sebagai matlamat; yang mempertuhankan ALLAH yang Satu; yang yakin dan percaya segala ketentuan adalah daripada ALLAH; yang punya aqidah bahawa tidak ada sebarang kekuatan dan daya melainkan dengan bantuan ALLAH; yang yakin Islam boleh berdiri sendiri tanpa perlu persekongkolan apatah lagi dengan kafir harbi!
Sempena muktamar besar ini, teman mengajak para muktamirin merenung sejenak dan menjawab 7 isu besar yang teman perturunkan disini. Teman percaya 7 isu ini perlu didebat dan dibahaskan, supaya PAS tidak terus dikalkatukan oleh silauan Putrajaya yang di obori golongan Al Kazeeb yang paling buruk akhlaknya dalam sirah politik dunia, sebaliknya semoga PAS terus dibimbing dan dihidayahkan dengan hudallilmuttaqeen:

1. PERJANJIAN PERSEFAHAMAN YANG MEMBUNUH PERJUANGAN ISLAM

Adakah para muktamirin sedar bahawa Perjanjian Persefahaman Pakatan Pembangkang yang ditandatangani pada 18.12.2009 di Shah Alam telah dan akan membawa kesan dan implikasi serius kepada PAS, iaitu antara lain bahawa agenda penubuhan negara Islam dan perlaksanaan undang-undang Islam tidak termasuk didalam dasar Pakatan Rakyat jika memenangi pilihanraya dan memerintah. Jangan termakan pembohongan yang menyatakan bahawa Perjanjian itu hanya untuk merumus persetujuan bersama kesemua parti, tetapi masing-masing dibenarkan terus dengan agenda perjuangan masing-masing, DAP dengan Malaysian-Malaysianya, PAS dengan Negara Islamnya, dan PKR dengan cita-cita nak menabal pemimpin anugerah tuhannya sebagai Perdana Menteri.

Itu semua putarbelit sahaja untuk menutup isu. Yang jelas dan muktamadnya Anwar, Karpal Singh & Kitsiang (dengan kerjasama segelintir pengkhianat didalam dan luar PAS) telah menyatakan bahawa agenda penubuhan Negara Islam dan perlaksanaan undang-undang Islam tidak termasuk didalam dasar Pakatan pembangkang jika memerintah. Persoalannya, adakah para muktamarin sedar Perjanjian ini sebenarnya menjadikan dasar asas perjuangan PAS untuk mendirikan sebuah negara Islam dan melaksanakan syariat dibakulsampahkan? Adakah para muktamarin bersedia melakukan pengkhianatan terhadap perjuangan tersebut? Tidak ingatkah perjuangan dan pengorbanan pejuang saperti Assyahid Ustadz Ibrahim Libya, Ustadz Zulkifli Mohamad dan ramai lagi yang membayar dengan nyawa semata-mata untuk berjuang menegakkan sebuah Daulah Islamiyyah? Tidak sedarkah para muktamirin bahawa mereka sedang berdiri meni'mati sedikit "kejayaan" diatas darah para pejuang dan syuhada ini! Jawapannya mudah, jika PAS mahu kembali kepada perjuangan asal, para muktamirin harus bangkit dan menegaskan bahawa PAS perlu dan wajib mufaraqah daripada Pakatan Syaitan ini, dan berjuang bersendirian diatas kalimah Laa ila haillallah. Itulah yang dibuat oleh Rasulullah, dan itulah resepi kejayaan Sultan Salahuddin.

2. HAK KERAJAAN PAS MELAKSANAKAN HUKUM ISLAM AKAN DINAFIKAN

Adakah para muktamirin sedar bahawa jika Pakatan pembangkang memerintah Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri termasuk dibawah kepimpinan PAS tidak akan dibenarkan untuk melaksanakan undang-undang Islam, termasuk mengharamkan arak, judi dan lain-lain. Inilah kesan secara langsung Perjanjian Persefahaman Pakatan Pembangkang yang telah ditandatangani, yang sentiasa diungkit dan dijadikan senjata menentang PAS dalam apa njuga isu yang melibatkan perlaksanaan dan penguatkuasaan syariat Islam. Jangan lupa apa yang terjadi di Selangor, sehingga kepimpinan cauvinis, extremis dan rasis DAP dengan biaDAP mendesak supaya Pesuruhjaya PAS Selangor dikenakan tindakan tatatertib termasuk dibuang daripada jawatan Exco Hal Ehwal Islam semata-mata kerana beliau mahu melaksanakan apa yang beliau faham aspirasi perjuangan PAS yang asal. Jangan lupa usaha Kerajaan Tok Guru hendak mengharamkan judi di Kelantan dikritik hebat oleh manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan dan menerima kutukan daripada Karpal Singh dan kekawan DAPnya. Sehingga Anwar menegur Tok Guru supaya merujuk kepada kepimpinan PKR dan DAP dahulu sebelum buat sebarang keputusan mengenai perlaksanaan undang-undang mengharamkan judi tersebut. Adakah para muktamirin sedar itu adalah petunjuk ALLAH akan jenis pemerintahan yang akan berlaku jika Pakatan pembangkang menjadi Kerajaan Persekutuan;

3. PAS LANGSUNG TIDAK DIHORMATI

Adakah para muktamirin sedar PAS langsung tidak dihormati oleh Anwar dan kekawan DAPnya. Jangan lupa apa yang terjadi di Kedah, apabila seorang ADUN DAP di Kedah (walaupun hanya seorang) dengan begitu biadap mengugut kepimpinan Kerajaan PAS Kedah supaya membatalkan perobohan pusat penyembelihan babi dan akhirnya membawa DAP Negeri Kedah keluar Pakatan pembangkang. Jangan lupa apa yang berlaku di Pulau Pinang bila mana Kerajaan DAP langsung tidak menghormati satu-satunya ADUN PAS YB Ustadz Salleh Man (dahulu YB Almarhum Ustadz Hamdan) dengan tidak memberi sebarang kedudukan pun kepada PAS, termasuk portfolio Exco Hal Ehwal Islam, Pengerusi Majlis Agama pun tak diberi. Jangan lupa penghinaan yang dibuat oleh Ketua Staf Lim Guan Eng yang melabel saudara Razali, seorang ahli Jemaah Islah Malaysia sebagai extremis dan teroris! Jangan lupa pengumuman sembrono Anwar mahu melantik Baru Bian, seorang Kristian sebagai Ketua Menteri Sarawak tanpa langsung merujuk kepada PAS. Lihat bagaimana DAP Sarawak langsung tidak memaklumkan, jangankan berbincang dan merujuk, kepada kepimpinan PAS apabila melantik kabinet bayangan di Sarawak? Tidakkah ini menyedarkan para muktamirin bahawa Pakatan pembangkang memang langsung tidak menghormati PAS!

4. ANWAR PENGANUT FAHAMAN PLURALISMA?

Para muktamirin wajib mendapatkan pengesahan dan pengakuan terbuka daripada Anwar, manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan bahawa dia menolak fahaman pluralisma. Buktinya, dalam ucapan di London School of Economics pada 18.03.2010 (sila rujuk http://anwaribrahimblog.com/2010/03/22/public-lecture-by-anwar-ibrahim-at-the-london-school-of-economics-march-18-2010/), Anwar berkata,

"saya percaya bahawa saya bukan keseorangan dalam membuat kenyataan bahawa untuk pluralisma agama berkembang subur dalam dunia yang terbahagi-bahagi sifatnya ini, maka adalah perkara yang tidak boleh diterima dari segi moral untuk seseorang itu berkata kepada orang lain yang mempunyai kepercayaan lain daripadanya "kami beriman dengan Tuhan kami dan kami percaya kami benar, kamu percaya kepada tuhan kamu, tetapi kepercayaan kamu tidak betul". 

"Kitab agama sikh Guru Granth Sahab memberitahu bahawa orang yang mampu melihat semua jalan-jalan kerohanian membawa kepada Yang Satu akan menjadi bebas merdeka, tetapi orang yang menyatakan kepalsuan akan jatuh terbakar kedalam api neraka. Orang yang berbahagia ialah orang yang disucikan dalam nikmat kebenaran".
Kenyataan ini bercanggah sama sekali dengan Surah Al Kaafirun, dan firman ALLAH bahawa "sesungguhnya Aku yang mengutus Muhammad dengan agama Islam yang benar dan haq, dimenangkan diatas agama lain, walaupun tidak disukai oleh musyrikin (dan kaafirun)". 

Sebaliknya kenyataan Anwar diatas jelas membawa implikasi dan kesan bahawa aqidah dan fahaman umat Islam yang menegaskan agama Islam itu benar , bahawa agama lain itu salah dan batil adalah salah dan tidak benar. Malah Anwar berkata orang berfahaman saperti itu akan dibakar oleh api neraka!!! Na'uzubillah min zalik.

Persoalan besar yang perlu dibahas dan dikupas oleh para muktamirin, adakah PAS bersedia bersekongkol dan menjadikan penganut fahaman pluralisma saperti ini sebagai pemimpin, dan Perdana Menteri? Oleh itu sangat penting, malahan mejadi sesuatu yang wajib bagi para muktamirin untuk mendapatkan pengesahan terbuka Anwar mengenai fahaman pluralisma yang di anutinya. Jika ianya benar, maka wajiblah para muktamirin mengusulkan supaya PAS bermufaraqah daripada pemimpin saperti ini; yang bukan sahaja bergelumang dengan permasaalahan akhlak, malah aqidahnya mungkin boleh dipersoalkan. Kerana kata para ulama', penganut fahaman pluralisma ini jika tidak bertaubat adalah sesat dan murtad!

5. KARPAL SINGH: LANGKAH MAYAT DULU

Para muktamirin perlu mendapatkan pengesahan dan komitmen terbuka Karpal Singh bahawa dia sudah membuang prinsip "langkah mayat saya dulu" jika PAS mahu menubuhkan sebuah negara Islam, bahawa beliau tidak menentang perjuangan PAS hendak mendirikan sebuah negara Islam dan melaksanakan syariat Islam jika Pakatan pembangkang menjadi Kerajaan Persekutuan. Janganlah para muktamirin lupa perisytiharan terbuka Karpal Singh bahawa "langkah mayat saya dulu" kalau PAS berangan nak menubuhkan daulah Islamiyyah dan melaksanakan hudud, qisas & ta'zir. Janganlah para muktamirin terpedaya dengan kelentong menyatakan itu bukan isu besar. Teman cukup yakin akan ada nanti kenyataan yang menyatakan PAS perlu fokus kepada memenangi pilihanraya umum dahulu, baru kita bercakap tentang negara Islam dan perlaksanaan syariat. Prinsip menang dulu balah kemudian wajib ditolak oleh para muktamirin. Fakta-fakta yang teman sebut diatas jelas membuktikan bahawa selepas menang pilihanraya, suara dan pendirian PAS memang langsung tidak akan dihormati. Silap-silap berbincang dengan PAS pun tidak akan dilakukan!

6. KITSIANG TIMBALAN PERDANA MENTERI

Adakah para muktamirin sedar bahawa jika PR memerintah bapak cauvinis dan extremis bernama Lim Kit Siang akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri. Kalau tak percaya, cuba mintak manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan itu supaya menafikan secara terbuka Kitsiang tidak akan dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri. Pastikan Anwar buat penafian terbuka yop, kalau tidak nanti dengan PAS dia temberang lain, dengan DAP dia kelentong lain! Jangan biarkan Anwar & Kitsiang berdolak-dalik dan memutar kata perlantikan itu bukan menjadi isu kerana yang penting menang dulu, fokus kepada pilihanraya dan lain-lain. Itu semua temberang dan kelentong sahaja. Pastikan Anwar & Kitsiang secara terbuka diatas pentas memberi komitmen dan pengesahan itu. Biar satu dunia dengar, sebab memang trick Anwar dia akan bisik lain pada kita, dan cakap lain pada orang lain. Jangan nanti bila dah berlaku baru tersedar kita dah kena kencing dengan Anwar & Kitsiang!

7. KARPAL LOYER ANWAR?

Juga para muktamirin wajib mendapatkan pengesahan terbuka dan komitmen jelas daripada Karpal Singh, Pengerusi DAP, apa rancangan dan agenda dia dalam beriya-iya membela manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan ini? Sebab dialah orangnya didalam Parlimen empat belas tahun lepas pada 22.10.1997 mendedahkan punya bukti dokumen Anwar meliwat kaikitangannya (Azizan) dan mendesak Kerajaan supaya menyiasat Anwar segera. Karpal juga orangnya yang mendedahkan dalam satu ucapan di Federal Hotel Kuala Lumpur bahawa dia punya bukti Anwar telah meliwat Azizan. Karpal jugalah orangnya yang bertemu dengan Umi Hafilda dan Azizan dan menjadi peguam menasihati mereka. Karpal jugalah orang yang mendesak Anwar bertaubat dan meletak jawatan apabila pembohongan 16 Sept 2008 terbongkar. Jadi dapatkan penjelasan secara terbuka daripada Karpal apa agenda beliau sebenarnya. Adakah ini taktik untuk meletakkan Anwar didalam genggaman DAP, sentiasa tunduk kepada kehendak DAP, kata orang Perak "selagi dapat picit teloq Anwar, selagi itu dia akan ikut rentak DAP!". Kerana PAS sebagai parti berteraskan Islam sudah tentu tidak mahu ada diantara pemimpin sekongkolan mereka terpalit dengan pertuduhan jijik saperti itu;

Teman boleh bariskan banyak lagi perkara yang wajib dan perlu dibahas dan dikupas oleh para muktamirin bagi Muktamar Agong ke 57 ini. Ini belum lagi kita membincangkan isu videoklip yang didedahkan oleh rakan baik Anwar sendiri Datuk Eskay. Cuma teman berharap jangan ada para muktamirin yang terpedaya dengan kompangan ini adalah isu qazaf. Sebenarnya ini langsung tidak ada kena mengena dengan isu qazaf, sebab tiada siapa pun yang menuduh Anwar berzina. Datuk Eskay cuma menyatakan bahawa beliau punya bukti berbentuk videoklip yang rakan baiknya Anwar tidak layak menjadi pemimpin. Takkan itu termasuk dalam qazaf yop? Isu videoklip ini sengaja diputarbelitkan sebagai isu qazaf sebab hendak menutup kebenaran yang sudah begitu jelas!

Dan teman cukup yakin, jika sesiapa juga yang mempunyai sedikit keimanan dan ketaqwaan, bila menjawab soalan-soalan diatas, pasti akan terbuka dihati dan jiwanya bahawa tiada sebarang rumusan lain selain daripada menegaskan bahawa PAS wajib mufaraqah daripada Pakatan pembangkang, dan berjuang sendiri diatas platform Islam berdasarkan Al Quran dan Sunnah. Sesiapa juga para muktamirin yang melihat dengan mata keimanan akan dapat melihat dengan jelas bahawa pakatan pembangkang yang ada ini adalah satu pakatan songsang..dalam erti kata lain, ianya satu PALUT: Pakatan Luar Tabi'e yang akan memusnahkan dan merosakkan perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS.Ingatlah pesan seorang ulama' besar bahawa Islam huwal Islam, Islam itu Islam, ia berdiri sendiri, tidak bergantung dengan sesiapa kecuali ALLAH 'azzawajal.

Semoga Muktamar Agong ke 57 ini memberi kekuatan dan keberanian untuk para muktamirin dan ahli akar umbi PAS untuk melakukan perubahan besar, untuk melakukan hijrah aqidah, untuk kembali kepada perjuangan Islam yang berteraskan Al Quran & Sunnah. Kalau pejuang dahulu boleh berjuang selama 50 tahun bersendirian, mengapa pula para pejuang hari ini berasa ragu dan was-was. Semoga semangat bulan Rejab memberi nafas baru kepada para muktamirin sekelian.

Wallahua'lam & Wassalam.

Adios amigos. Selamat bermuktamar. Grasias dan salam.


SOKONGLAH KEPIMPINAN ULAMA'


SAY NO TO ANWARINAS

TOLAK PAKATAN LUAR TABI'E


Zulkifli Bin Noordin
Selasa
27 Jamadil Akhir 1432
31 Mei 2011

Kepimpinan Ulama Yang Berjuang Kerana Allah Dan Rasulnya.



Kalau Pas boleh mengapa tidak BN.  BN perlukan kepimpinana ulama yang berjuang semata-mata kerana Allah Dan Rasulnya bukan kerana kedudukan dan pangkat.


Kepimpinan ulama perlu dikekalkan 

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA 
mohdasron.mustapha@utusan.com.my 

KUALA LUMPUR 30 Mei - Pucuk pimpinan Pas perlu diwakili oleh mereka yang mempunyai latar belakang pendidikan agama bagi menjamin kesinambungan kepimpinan ulama dalam parti itu. 

Sehubungan itu Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib (gambar) berkata, adalah afdal bagi perwakilan memilih golongan ulama kerana mereka lebih memahami Islam yang menjadi asas perjuangan Pas. 

Bagaimanapun beliau menjelaskan, adalah tidak salah jika perwakilan memilih calon dari latar belakang profesional asalkan calon tersebut akur dengan dasar parti. 

"Walaupun tidak tersurat tetapi saya secara peribadi berharap tradisi ini dipertahankan kerana dasar Pas adalah Islam. Pas meletakkan Islam sebagai undang-undang tertinggi. 

"Secara tersirat, lebih baik dasar Islam ini diteruskan golongan ulama kerana mereka mempunyai pemahaman mendalam mengenai Islam," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. 

Ditanya sejauh mana beliau bimbang dengan gerakan perubahan yang ditunjangi golongan tertentu dalam Pas, Harun berkata, suara perubahan itu sebenarnya tidak kuat. 

Katanya, gerakan itu nampak seperti hebat kerana mendapat liputan daripada pelbagai media sedangkan perkara tersebut mungkin hanya melibatkan sebilangan kecil pemimpin Pas. 

"Kalau mereka mahu melakukan perubahan ke arah kebaikan parti, kita terima, tetapi kalau hendak mengubah dasar parti, saya tidak fikir perkara itu akan menjadi kenyataan," ujarnya. 

Mengenai dakwaan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasruddin Hassan bahawa wujud pengacau pada pemilihan Pas, Harun berkata, selaku orang lama dalam parti beliau tidak melihat perkara itu berlaku. 

Katanya, jika dakwaan Nasruddin itu benar, beliau yakin golongan tersebut tidak akan kekal lama dalam Pas kerana pasti akan disingkir oleh perwakilan. 

"Saya sebagai orang tua tidak begitu nampak golongan ini sebagai pengacau. Mungkin mereka ini cuba nak menonjolkan diri bagi menunjukkan kebolehan memimpin," katanya.

Api Dalam Sekam Vs Ular Dalam Semak - Yang Mana Lebih Berbahaya

Masih mendokong formula kehancuran daripada memupuk dasar muhibah dan perpaduan. Kerajaan jangan berlembut sangat .Sudah sampai masa puak2 ni kena pantau.

Apakah kita masih buta? 

Sinar Harian, 30 Mei 2011 

Akhbar perkauman ultra kiasu membuat liputan besar-besaran mengenai kempen keadilan untuk mendiang Lim Lian Geok (meninggal 1985), seorang aktivitis yang dianggap sebagai hero kerana memperjuangkan bangsa dan bahasa Cina pada tahun-tahun 1950an dan 1960an. Tujuannya tidak lain, supaya rukun politik mereka bertambah utuh dan kukuh. 

Tidak ramai kalangan kita yang mengenali Lian Geok kecuali orang Cina. Elok juga umat Islam negara ini mengenali beliau daripada terlalu obses mengenali artis. Sekurang-kurangnya dengan mengenali ultra kiasu akan menjadikan kita lebih peka dan sensitif dalam menjaga maruah agama, bangsa dan negara. 

Lian Geok adalah bekas guru Sekolah Cina Confucian sejak 1935 hingga 1961. Kewujudan sekolah tersebut hingga ke hari ini adalah hasil usaha beliau, terutama apabila sekolah tersebut rosak teruk akibat peperangan pada tahun 1945. Maka tidak hairanlah jika Lian Geok diangkat memimpin Persatuan Guru-Guru Cina Kuala Lumpur. Beliau juga adalah pengasas kepada Persekutuan Persatuan-Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia atau Jiao Zong dan Dong Jiao Zong. 

Kewarganegaraan dan tauliah mengajar sebagai guru Lian Geok ditarik balik oleh kerajaan pada tahun 1961 disebabkan oleh kelantangannya menentang dasar pelajaran kebangsaan bermula dengan Penyata Barnes hingga Penyata Rahman Talib 1960 dan akta pelajaran 1961. Kesemua akta ini mahu mendaulatkan bahasa Melayu (juga bahasa Inggeris) sebagai bahasa pengantar. Mendiang didakwa sengaja memutar-belitkan dasar pendidikan negara dan menghasut rakyat benci kepada Yang DiPertuan Agong serta Kerajaan Persekutuan sehingga mengakibatkan permusuhan antara kaum. 

Tindakan tepat kerajaan ketika itu mendapat tentangan dan kritikan yang hebat daripada ultra kiasu. Kerajaan dituduh mempunyai niat jahat untuk melenyapkan pengaruh dan suara Lian Geok. Hari ini, ultra kiasu mahukan segala ‘fitnah’ terhadap mendiang Lian Geok mesti ditarik balik selepas 50 tahun merdeka. Nama Lian Geok mesti dibersihkan. Lantaran, tekanan demi tekanan diberikan kepada kerajaan supaya mengiktiraf ‘perjuangan’ beliau. Ultra kiasu berpendirian, perjuangan mendiang Lian Geok tidak salah dan dibenarkan oleh perlembagaan atas hak kebebasan bersuara. 

Pada hemat saya, hak dan kebebasan bersuara perlu ada batas-batasnya. Adakah wajar kata-kata ini dihemburkan dalam sebuah negara berasaskan kenegaraan Melayu: “orang Cina mesti menghantar anak mereka ke sekolah Cina. Sekolah Cina adalah ibarat nyawa dan roh. Jika orang Cina mahu memastikan mereka tetap Cina, tidak ada cara lain melainkan bersekolah Cina. Ini amat penting bagi mengekalkan identiti Cina, sayangkan bangsa Cina, budaya Cina, bahasa Cina, bangga menjadi Cina, dan lebih penting lagi tahu asal usul atau akar Cina”. 

Saya tidak pernah mendengar kata-kata seumpama ini diungkap oleh bangsa minoriti yang tinggal di mana-mana negara yang dihijrahinya. Jika kata-kata ini diungkapkan di Thailand dan Indonesia, sudah lama mereka dihumban dalam penjara. 

Tetapi kerajaan Malaya ketika itu begitu berlembut. Di sinilah berhikmahnya kita dalam menangani isu-isu antara kaum. Saya yakin, kerana Islamlah yang melembutkan hati Melayu untuk terus bertoleransi. Lian Geok juga masih diberikan kebenaran tinggal di sini sehingga ke akhir hayatnya walaupun tidak lagi menjadi warganegara. 
Bandingkan di Indonesia, apabila Suharto mengambilalih kuasa dari Sukarno, beliau memberi pilihan kepada orang Cina sama ada balik semula ke negeri asal atau mengasimilasikan diri menjadi orang Indonesia. Majoriti orang Cina memilih untuk tinggal di Indonesia. Ini kerana, sudah menjadi dasar negara China ketika itu sudah tidak mahu lagi menerima mereka yang telah berhijrah. Kepulangannya ke tempat kelahiran akan menjadikan mereka lebih menderita. 

Perkara yang sama berlaku di Malaya. Justeru, berterima kasihlah kepada kerajaan, kerana begitu berlembut membenarkan bukan warganegara tinggal di sini dan mengekalkan cara hidup tanpa diasimilasikan. Malangnya, ultra kiasu langsung tidak bersyukur di atas kemurahan hati kerajaan, malah beliau terus didendangkan sebagai wira kerana ‘setianya’ terhadap negara ini. 

Beliau disanjung, dipuji dan dijulang serta diangkat tarafnya sebagai sebagai seorang patriot. Sedangkan kita tahu makna patriot adalah mereka yang sanggup berjuang mempertahan tanahair meskipun nyawa adalah gadaian. Kata-kata keramat beliau ini telah menjadi rukun politik orang Cina yang langsung tidak boleh disentuh. Jika disentuh, mereka akan mengugutkan untuk mengundi pembangkang. 

Malah ultra kiasu terus menerus tanpa berputus asa mencari sebanyak mana hujah untuk memartabatkan perjuangan Lian Geok. Kenyataan Lian Geok dalam akhbar Utusan Melayu pada tahun 1956 sempena Hari Raya Aidilfitri dijadikan hujah untuk menonjolkan kehebatan beliau. Antara lain mahukan agar rakyat Malaysia dapat mendukung gagasan “Hidup Berbilang, Makmur Bersama” dengan melayani semua kaum sebagai anggota sekeluarga. Lian Geok juga dikatakan turut memberikan sumbangan besar kerana mencadangkan agar buku teks yang berkiblatkan negara China ditukar kepada orientasi Malaya sebagai rujukan sekolah vernakular. Perkara ini penting untuk melahirkan generasi muda yang setia terhadap negara ini. Dikatakan juga Lian Geok merupakan pemimpin pertama yang menyeru masyarakat Cina bersetia dan menjadikan Malaya sebagai tanahair dan memohon kewarganegaraan. Jika benarlah perjuangan beliau, sepatutnya perjuangan ultra kiasu menjadi semakin berkurang, tetapi kenapa ultra kiasu tidak pernah puas? 

Sebagai mengenang dan menghargai ‘jasa beliau yang begitu hebat’ maka Pusat Pembangunan dan Kebudayaan Lim Lian Geok (PPKLLG) telah ditubuhkan. Saya tidak pasti pusat ini berdaftar secara sah atau tidak, tetapi alangkah malangnya sesebuah pertubuhan diluluskan tanpa dikaji dahulu sejarah, latar belakang dan tujuan penubuhan. Ternyata, pertubuhan ini adalah pertubuhan perkauman yang disokong oleh majoriti NGO Cina yang ada. Ringkasnya, pertubuhan seperti ini akan terus menambah tidak berkurang. 

Isu yang dibawa oleh PPKLLG sama sekali tidak banyak berbeza dengan isu yang dibawa oleh 106 NGO Cina di Melaka di bawah naungan Dong Lian (suqiu) ketika penamaan calon DUN Merlimau, 26 Februari 2011 lalu. Suara mereka senada, sehati sejiwa. Mereka mengemukakan tuntutan yang sama iaitu kembalikan taraf warganegara Lian Geok, mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) dan berikan layanan sama rata kepada sekolah vernakular. Sebarang bentuk diskriminasi hendaklah dihentikan segera. Tidak cukup dengan itu, sambutan secara besar-besaran sempena memperingati perjuangan beliau diadakan setiap tahun. Kerajaan tidak pernah menghalang, kerana jika dihalang, undi akan lari. Saya amat memuji ‘semangat’ dan keberanian yang ada dalam perjuangan mereka, alangkah baik jika umat Islam mempunyai semangat sedemikian, yang tidak pernah luntur. 

Jika dihayati ‘perjuangan’ Lian Geok, sepatutnya ia akan dapat menurunkan semangat ultra kiasu kumpulan ini. Tetapi bermula tahun 2008 hingga ke hari ini, menunjukkan sebaliknya. Mereka sibuk memperbesarkan isu pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada pelajar lepasan SPM tahun lalu. Mereka menuduh JPA yang bukan-bukan tanpa memberi peluang kepada JPA untuk membela diri. JPA bukan mudah untuk mengeluarkan kenyataan kerana tertakluk kepada ‘boss’ atau menteri yang bertangunggjawab. 

Lebih malang lagi pemimpin-pemimpin ultra kiasu dalam komponen Barisan Nasional turut mengecam JPA. Mereka ibarat api dalam sekam dan duri dalam daging. Berkali-kali saya telah nyatakan inilah strategi paling licik, bersatu dalam senyap. Tekanan demi tekanan dan desakan begitu agresif dibuat. 

Ultra kiasu mendesak supaya Talent Corp mengambilalih urusan ini daripada JPA. Pada mereka, JPA tidak telus, hanya mementingkan pelajar Melayu sahaja. Formula yang ada tidak mahu diterima pakai. Andai kata Talent Corp diberikan mandat untuk menguruskan hal ini, saya yakin Talent Corp akan menjadi mangsa seterusnya, jika keputusan yang dibuat tidak menyebelahi ultra kiasu. Pendek kata, apa yang cuba dilakukan kerajaan semua tidak betul. Mereka sahaja yang betul. 

Cemerlang tidak hanya boleh dinilai dengan mendapat A+ sahaja. Saya fikir banyak faktor lain yang perlu diambil kira terutama aspek kecerdasan emosi (EQ). Apa guna mendapat A+ jika matlamatnya untuk mendapat biasiswa sahaja. Setelah tamat pengajian, bayang entah ke mana. Mereka tidak terasa terhutang budi. Tidak mahu menabur bakti di bumi sendiri. Malah ada sanggup mengkhianati dan belot. 

Justeru, definisi pelajar cemerlang perlu penjenamaan semula, supaya tidak disalahertikan. Bagi memenuhi tuntutan ini, JPA telah mengadakan temuduga kepada semua pelajar-pelajar terlibat. Ultra kiasu begitu menentang tindakan JPA. Ultra kiasu sudah dapat menjangkakan jika temuduga dibuat, pelajar bukan Melayu agak sukar untuk menandingi pelajar Melayu, terutama dari aspek keupayaan berbahasa walaupun mungkin mereka mendapat A+ dalam subjek bahasa Melayu. 

Terkini, sempena sambutan ulang tahun ke-120 Sekolah Methodist Lelaki Pulau Pinang, pihak gereja Methodist mahu membina lebih sekolah swasta, sebagai altenatif kepada penurunan standard akademik di sekolah-sekolah kebangsaan. Menurut biskop Dr Hwa Yung, misi Gereja Methodist ialah membina rangkaian sekolah swasta agar golongan muda Malaysia akan menikmati pendidikan terbaik. Kenyataan ini jelas-jelas menghina sistem pendidikan kebangsaan. Jika pendidikan kebangsaan tidak ada standard, kenapa saban tahun pelajar-pelajar kita diterima belajar di luar negara? Kenapa ultra kiasu begitu lantang mahukan biasiswa JPA diberikan kepada mereka? Tidakkah semua mereka produk daripada sekolah kebangsaan? 

Alasan simplisitik gereja Methodist dengan merujuk kejayaan dengan kerjasama mazhab Kristian yang lain terlibat dalam bidang pendidikan sejak 1800-an apabila British datang ke negara ini. Gereja Methodist mempunyai 26 sekolah menengah dan 42 sekolah rendah yang mendapat bantuan kerajaan, enam sekolah swasta dan sebuah kolej persendirian. Gereja Methodist kesal kerana kebanyakan sekolah mubaligh kini berada di bawah kawalan kerajaan dan beroperasi atas dasar-dasar yang tidak “simpati” kepada sekolah-sekolah jenis itu. 

Kini, gereja Methodist bergerak aktif dengan memulakan sekolah bagi penduduk di kawasan luar bandar yang tiada akses kepada sekolah-sekolah kerajaan. Selepas itu, menurut Gereja Methodist, mereka mahukan Methodist College ditubuhkan bagi mencapai taraf kolej universiti pada masa akan datang. Saya yakin mereka akan menggunakan peluang-peluang ini sepenuhnya di negeri-negeri yang ditadbir oleh ultra kiasu, terutama Pulau Pinang. 

Kerajaan perlu sedar akan strategik ini. Matlamat mereka hanya satu, untuk menyebarkan ajaran Kristian di negara ini. Saya amat mengharapkan kerajaan tidak akan tunduk atau melulus sekolah dan kolej missionari ini. Mereka mempunyai perancangan yang licik untuk merealisasikan cita-cita mereka, menjadi rantau Melayu ini sebagai sasaran Kristian setelah mereka gagal di Barat. 

Saya cadangkan pihak gereja bawa idea sekolah ini untuk dibina di negara China. Adakah kerajan China akan terima? Janganlah terlalu mengutuk negara sendiri, untuk memenuhi tuntutan dan strategi Kristianisasi. Kita semua tahu perancangan licik dan jahat pihak gereja. Umat Islam tidak banyak bercakap atas menghormati kebebasan beragama. Tetapi jangan terlalu berani mencabar. Sistem sebegini tidak pernah wujud di negara lain. Saya amat pelik, kenapa kita sanggup korbankan kepentingan nasional semata-mata untuk meraikan orang lain? Bertindaklah sebelum terlambat. 

Tidak ramai yang mengetahui setakat ini layanan kerajaan terhadap sekolah vernakular sudah hampir sama sekolah kebangsaan. Semua gaji guru-guru di sekolah vernakular dibayar oleh kerajaan. Cuma sebahagian bangunan dan tanah kepunyaan mereka. Kerajaan ingin memberikan layanan yang sama dengan syarat kembali bangunan dan tanah kepada kerajaan untu ditadbir secara profesional, tetapi sampai matipun mereka tidak akan serahkan. Justeru, adakah adil kita meminta layanan sama rata dan sama rasa, tetapi kita langsung tidak boleh disentuh. Keadaan yang sama akan berlaku kepada sekolah Methodist ini. Kita tidak boleh berlembut lagi, kerana kepala kita sudah di pijak. Sudah sampai masanya kita bertegas untuk menjaga maruah agama, bangsa dan negara. Jadikanlah ‘perjuangan’ Lim Lian Geok sebagai iktibar. Apakah kita masih buta? 

Wahai pemimpin Islam! Bangunlah. Bukti sudah berada di depan mata. Golongan ini sanggup meletakkan DNA babi dalam produk pembuatan kek yang rata-rata dilanggani oleh umat Islam. Tidak perlu saya namakan kedai kek tersebut. Ini baharu satu kedai dan satu produk, banyak lagi kedai dan produk lain seumpama ini. Rujuklah Persatuan Pengguna Islam Malaysia. Saya amat pelik kenapa umat Islam begitu obses untuk makan dikedai-kedai kek yang dipunyai oleh bukan Islam. Orang melayu diperalatkan untuk menjadi pekerja-pekerja di sana sebagai daya tarikan HALAL. Wal hal bahan-bahan yang digunakan adalah haram. Semua tindakan ini sengaja dibuat untuk merosakkan ‘hati’ umat Islam. Tidakkah kita tahu bahawa bahawa mereka sentiasa mahu menggelap hati kita agar perjuangan jihad menjadi luntur? 

http://ridhuantee.blogspot.com/2011/05/apakah-kita-masih-buta.html

Tuesday 31 May 2011

Menggadai Kedaulatan Negara - Tangan2 ghaib Kerajaan Australia dan Singapura

08 APRIL 2011

SPYGAME!?

(Kenyataan media Datuk Shazryl Eskay yang jelas maksudnya)

Salam 2 all.

Berikut kenyataan media Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang dibuat di Hotel Impiana Kuala Lumpur pada Isnin 16 Rabi'ul Akhir 1432 / 21 Mac 2011. Pada teman jelas beliau benar-benar cuba untuk menghadkan isu videoklip tersebut, tetapi malangnya ada "orang" memilih untuk mempolitikkan isu ini. Mike dengar sendirilah kenyataan Datuk Eskay itu yop.

Cuma satu saje yang mike semua kena pikior yop. Datuk Shazryl ni kawan baik Anwar, manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan tu. Mesti ada sebab yang solid kenapa dia memlilih untuk mendedahkan videoklip itu. Beliau punya dua bukti jelas berkaitan videoklip ini:

1. gambar beliau sendiri ada dalam videoklip itu; pastilah beliau, selain amoi tu, yang tahu siapa Jantan-X tersebut;

2. kedua, jam tangan Omega spesial edition tu ada dengan beliau. Beliau telah pun serahkannya kepada Polis. Bagi menguatkan kenyataan beliau, satu "sms" daripada manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan itu yang meminta beliau menyimpan jam itu masih beliau simpan!

Jadi nasihat teman yop, biarlah polis siasat dulu. Anwar sendiri yang meminta pihak polis siasat; dia yang buat repot polis tu. Jadi kita bagi peluang pihak polis siasat. Selepas keputusan siasatan itu diumumkan, barulah kita kaji apa langkah selanjutnya yang boleh diambil. Janganlah cepat sangat nak mengkapiorkan, menerakakan orang yop. Sabor sikit, takut kita yang kedalam nanti yop!!!

Cuma yang teman risau satu je yop. Persoalan besarnya, siapa yang merakamkan videoklip tersebut. Jelas ianya bukan Datuk Eskay, sebab kenyataan beliau menyatakan "beliau terjumpa" perakam video itu, bukan beliau yang membuatnya! Yang teman risau, ada pihak ketiga yang merakamnya. Beberapa persoalan yang timbul:

1. Bagaimana mereka yang merakam itu boleh tahu itu bilik yang akan digunakan? Kerana mereka memasang video kamera dalam 4 sudut, dengan wide angle lens. Sudah pasti mereka yang memasangnya sudah bersedia tahu akan berlaku adengan menyudu dalam tu, dan mereka bersiap lengkap dan hampir sempurna!

2. Kalau mereka tahu, maknanya sudah pasti lokasi "penyuduan" itu berlaku sudah beberapa kali digunakan? Kerana nak memasang peralatan canggih macam tu perlukan masa, siap dengan wiring dan lain-lain.

3. Bermakna mereka sudah menghidu dan menjejaki Jantan-X, atau Amoi, atau Datuk Eskay sendiri sebelum daripada itu!

4. Kalau mereka sudah menghidu dan menjejaki Target-X, teman cukup yakin kumpulan yang membuat kerja rakaman ini mempunyai kepakaran dan pembiayaan yang hebat. Cara mereka beroperasi menunjukkan mereka ini memang pakar!

5. Persoalannya, siapa yang mahu menjejaki Jantan-X ini? Apa tujuan mereka?

6. Dan persoalan besar yang bermain dikepala teman yop ialah: pihak risik & keselamatan Australia & Singapura ada membuat lapuran sulit kepada Kerajaan mereka (yang didedahkan oleh Wikileaks) bahawa mereka ada"bukti teknikal (technical evidence)" MEMBUKTIKAN ANWAR terlibat dengan kegiatan tidak bermoral. Malah Menteri Kanan (mantan PM) Singapura menyatakan risikan Singapura mendapati Anwar termasuk didalam satu perangkap! Persoalannya, adakah pembikinan videoklip itu termasuk dalam maksud "bukti teknikal" dan perangkap yang mereka sebut?

7. Kalau firasat teman diatas itu betul yop, kita berada dalam keadaan yang sangat merbahaya. Keselamatan negara boleh terjejas. Bayangkan kalau ianya betul, dan Bahagian Risikan negara -negara asing ini benar-benar punya "bukti teknikal" yang disebut itu, apa akan jadi kalau Anwar menjadi Perdana Menteri? Negara akan sentiasa dicengkam dan diperas oleh ugutan negara asing. Kita akan sentiasa tunduk dibawah telunjuk negara asing! Dan kita tahu betapa rapatnya kerjasama diantara Singapura & Israel.

Ni kerja giler yop!!! Kalau ini benar kerja mereka, kita tidak tahu apa lagi video atau "bukti teknikal" yang mereka ada!

Teman berharap sangat teori dan firasat teman ini tidak betul yop. Teman harap yang buat rakaman itu geng amatur aje yop. Sebab kalau betul ianya melibatkan kumpulan risik negara asing, naya kita yop. Adakah mereka punya rakaman atau "bukti teknikal" yang lain! Teman harap pihak Cawangan Khas, Militiray Intelligent, dan Bahagian Keselamatan Negara perlu benar-benar memperhalusi isu ini. Teman cukup risau yop, adakah tangan-tangan ghaib yang bermain dibalik tabir!!! Adakah ini satu "Spygame", yang akan menyebabkan "security of the country is compromised?".

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin

Cina Dap dan Bn - Bersatu Menentang Undang2 Islam Tentang Judi

DAP akan tentang larangan loteri di Kelantan, kata Karpal

March 19, 2011
SEREMBAN, 19 Mac — Pengerusi DAP kebangsaan Karpal Singh memberi PAS amaran bahawa pihaknya akan menentang rakan komponen Pakatana Rakyat (PR) itu jika terus berkeras dengan larangan jualan loteri di Kelantan.
Dilihat sebagai kata dua kepada PAS, Karpal meminta parti Islam itu supaya “tidak bermain dengan undang-undang”, sebaliknya mahu ia menghormati hak bukan Islam di negeri tersebut.
“Apa jua tindakan yang bertentangan dengan undang-undang, kami akan bertindak bertentangan dengan (pendirian) PAS,” kata beliau pada majlis makan malam sambutan 45 tahun DAP di sini malam tadi.
Kerajaan PAS Kelantan berhadapan dengan kritikan parti-parti yang mewakili kaum Cina dari kedua-dua Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN) ekoran larangan menjual loteri.
Para pemerhati melihat larangan itu sebagai usaha PAS mengembalikan undi Melayu, yang kini kelihatan sudah kembali kepada BN dalam beberapa pilihan raya kecil sejak awal tahun lalu.
Kenyataan Karpal (gambar), yang juga ahli Parlimen dan seorang peguam, seolah-olah menggambarkan semula pendirian beliau dalam isu dasar negara Islam yang hendak dibawa PAS.
Bagaimanapun pada konvensyen kedua Pakatan Rakyat di Pulau Pinang 19 Disember lalu, Karpal berkata, isu itu boleh dibincangkan dan perlu diselesaikan dengan segera agar tidak dieksploitasikan oleh BN.
Kelmarin, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Penasihat Undang-Undang negeri mengkaji semula pengharaman loteri ‘big sweep’ selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Pemuda DAP Anthony Lok Siew Fook; ahli jawatankuasa DAP pusat Liew Chin Tong; Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Ketua Penerangan PKR Dr Mohd Nor Manuty bagi membincangkan isu judi tersebut.
Isu pengharaman loteri itu timbul berikutan Majlis Perbandaran Kota Baru - Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) telah melakukan serbuan ke atas dua buah kedai buku dan merampas tiket loteri tersebut pada bulan lepas.